Isnin, 7 Februari 2011

PROFIL







ROSEMARY BEAUTY COLLECTIN ditubuhkan pada 2011 atas dasar minat yang mendalam dan bakat semulajadi pemilik yati dan ain terhadap kraftangan perkahwinan. Memulakan perniagaan dengan menerima tempahan gubahan hantaran, ternyata sentuhan dan rekaan ROSEMARY yang eksklusif dan tersendiri digemari ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Media Massa & Media Elektronik

Gubahan hantaran 
ROSEMARY BEAUTY COLLECTION sering disiarkan di majalah ternama seperti majalah Pengantin, Jelita, Keluarga, Harmoni, Rias Feminin dan Ratu Sehari.

Akhbar-akhbar tempatan yang pernah menyiarkan kisah 
ROSEMARY BEAUTY COLLETION
, Berita Harian, Harian Metro dan Sinar Harian

Pakej Lengkap Perkahwinan

Menyedari industri perkahwinan semakin menjadi trend dan mempunyai pasaran yang luas, 
ROSEMARY BEAUTY COLLECTION memperkembangkan perniagaan dengan melengkapkan butik sebagai pusat gubahan pada tahun 2009. Dari hanya mengubah hantaran kini, menawarkan pakej lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung. Kini Butik Pengantin ROSEMARY BEAUTY COLLECTION menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk bakal-bakal pengantin seperti persalinan pengantin, mekap dan andaman, pelamin, hiasan bilik dan fotografi, kad perkahwinan. Pasangan ini sangat menitik beratkan sentuhan peribadi terhadap setiap hasil seni yang dipersembahkan kepada para pelanggan agar hasil yang diperolehi adalah yang terbaik.

Setiap pelanggan yang menggunakan khidmat 
ROSEMARY BEAUTY COLLECTION pasti akan mendapat hasil yang memuaskan, menjadikan hari bahagia yang dilalui unik dan tersendiri dan pasti menerima layanan mesra.

Pengalaman & Kepakaran 

Tenaga kerja
ROSEMARY BEAUTY COLLECTION terdiri daripada beberapa orang yang begitu meminati industri perkahwinan. Bagi kami, industri perkahwinan begitu luas dan tiada sempadan. Syarikat ini telah berpengalaman selama 2 tahun di dalam industri perkahwinan. Lebih memfokuskan kepada penciptaan dan keindahan rekaan berkonsepkan taman (garden wedding).
Sepanjang saya pembabitan adalah secara sambilan. Bagaimanapun dengan bakat yang dimiliki dan berteraskan minat yang mendalam selain sambutan yang menggalakkan dan menumpukan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan ini. Ketabahan mengharungi pahit maung perniagaan nyata telah membuahkan hasil.
Berpengalaman membuat pelamin dan dekorasi di dewan, hotel, resort dan kediaman.

Malah sentuhan gaya solekan yang ditampilkan juga disenangi ramai. Teknik solekan yang ringkas dan natural begitu menawan dan menjadi pilihan bakal-bakal pengantin. Sayamenyifatkan seni solekan tiada batas interpretasi. Lantaran itu, beliau menyerlahkan kejelitaan semulajadi setiap wanita dengan sentuhan dan gabungan warna-warna yang harmoni dan menawan.

Sememangnya
ROSEMARY BEAUTY COLLECTION
 pasti hanya memberikan yang terbaik buat bakal-bakal pengantin. Jadikan kami pilihan anda!! Tanpa anda siapalah kami...

Terima Kasih kami ucapkan, salam kasih penuh kesyukuran....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan